http://farhana-sasteradalammultimedia.blogspot.com/

Tuesday, December 21, 2010

wanita,,,

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lirik Wanita - Dehearty @ Lirikami



Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/09/lirik-wanita-dehearty.html#ixzz18p2TRIhb

Lagu bEsT!

Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza
Tajuk Lirik Lagu: Cuba Untuk Mengerti

Oh..oh..oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta

(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh..oh..oh..

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku

Ulang Chorus (2X)

Friday, December 17, 2010

Yakinlah aku menjemputmu...* lirik yg bagus..*


Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta

reff:
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
kau milikku

Wednesday, December 15, 2010

tEriMa kasiH saYang....

terima kasih sayang atas penerimaan ini..
terima kasih sayang atas kasih sayang yg jujur ini..
terima kasih sayang atas semangat ini..
terima kasih atas segala-galanya....

sayang kamu...=)

GaMbaR yG saYer SuKa! =)

Omoks sayer..

uis! beratnyer hehe..

santa clause..

Tuesday, December 14, 2010

SeBelUm KembaLi seMula ke KamPus Hijau~~

Sebelum kembali semula ke kampus hijauku..huhu..rinDu lak ngan kolej..klass, foodcourt..ngeh2...=) Sebelum tu, banyak agenda nak disiapkan dlu..huu...dduk umah cmni ler jadinyer..makan..tdo..tgk movie..huu..bila la nak start agenda fyp..huu..banyak xsiap lagi huh!..

UPM..aku kembali utk sem yg terakhir..insyaAllah jika semuanya berjalan ngan lancar last sem dpn..hope semuanya baik2 aja..ngeh2..hehe ..

Waktu semakin berputar hingga aku sendiri xsedar yg aku dah sampai satu tahap habis pengajian aku di UPM..hmm..insyaAllah..aku nak capai sesuatu yg terbaik smpai aku tamat belajar nie..

Buat rakan-rakan seperjuanganku...dak2 sastera Melayu..aku nak ucapkan Good Luck utk korang juga utk last sem kita bersama..huu...teruskan perjuangan kita memartabatkan dunia sastera Melayu! cewah! hehe..n enjoy dengan apa yg kita belajar selama ni...peace..=)

Wednesday, November 17, 2010

mencari kedamaian alam~~


sebelum balik kampung..sempat juga aku dan amar berjalan-jalan sekitar bukit ekspo UPM..kawasan yang cantik..tenang damai..seronok dapat lihat pelbagai jenis buah-buahan dan kawasan tasik yang damai..=)

Friday, November 5, 2010

Damainya kolejku..rumahku...


Petang-petang camni tiba-tiba aku rasa nak cerita tentang kolej kesayanganku..
Bermulanya aku masuk ke UPM dengan debaran di dada yang semakin memuncak nak sambung blaja..
Semangatku mula berkobar-kobar, mula masuk UPM aku ditempatkan di sebuah kolej yang cantik dan selesa, iaitu kolej pendeta Za`ba..
Perasaanku pada ketika itu tak berapa seronok mungkin sebab tak ada kawan lagi..Tak sampai seminggu aku tukat kolej ini.Kolej Sultan Alaiden Suleiman Syah..KOSASS..Kolej menempatkan pelajar yang join army dan navy. Aku mula berminat nak masuk navy..Dengan ada 4 rakanku yang lain aku mula bersemangat. Disinilah pelbagai cerita..suka duka ku yang terlalu banyak jika diceritakan disini sampai bila pon tak habis..huu..Mengejar cita-cita..bersahabat..dan pelbagai dugaan lagi..Aku sayangkan Kolej ini..bagiku..ia bukan sahaja sekadar kolej..malahan rumahku yang penuh dengan suka dan duka...blok kesayangan,,blok rusa! hehe..

Sunday, October 31, 2010

Hasil fotografi ku..

Pekan Pengkalan Hulu Perak

Di waktu senja, UPM Serdang

Pemandangan di tasik Mines

Bunga Raya ditepi Tasik

Wednesday, October 27, 2010

Renung-renungkan bersama~~

TAHAJJUD CINTA...


Tajuk/Lirik Lagu: Tahajjud Cinta
Penyanyi/Artis: Siti Nurhaliza

(Ulang) (2x)
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

wooo..ooo
waaa…haa

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

aa….
hmmm….

woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

Saturday, October 23, 2010

saya suka gambar ni!

Buat pengetahuan semua. Gambar ni diambil semasa saya dan rakan-rakan berjalan ke Tasik Perdana. Bangunan lama unik belakang tu adalah bangunan lama stesen Kuala Lumpur berhampiran dengan Masjid Negara. Sangat cantik permandangan pada petang tu. Kawasan yang bersih, bunga dan tumbuhan yang cantik dan indah. Juga replika tulisan nama Allah yang indah dibahagian hadapan masjid tersebut. Kalau diperhatikan semula, macam bergambar dekat bangunan lama di luar negara kan?hehe so nice tjis picture! i like it! so, how about u all? suka ke tak picture ni?hehe

siapa sedar?

Siapa sedar akan kehadiranku disisi..

Siapa sedar akan kepentinganku bila ingin bangun berdiri..

Siapa sedar bila aku murung bersendiri…

Kerna …

Tiada siapa sedar akan diri ini..

Siapa mengerti dunia aku hitam dan kelabu..

Adakah seperti insan lain yg lbh teruk dr ku..

Siapa sedar hati ini kerap terluka tanpa ubatnya…

Ku xsangka rupanya diri ini hanya sampingan..

Ku xsgka selama ini dunia yg kau cipta seperti bebayang hitam..

Aku cuba..aku mengerti mksud tersiramut itu…

Mahukan kebebasan…kasih syg…pengertian…

Tapi..untuk apa…jika pengertian itu hanya tertumpah pada dirimu..

Aku? Bagaimana..? siapa sedar akan aku disini…

Adakah hidupku terlalu bhgia dan berbeda dgn kehidupanmu..?

Adilkah semua ini..

Ya! Kau ada adik..keluarga..sahabat yg harus kau fahami…

Dan aku…aku sbg kekasihmu…siapa yg harus mengerti…

Hanya aku yg seharusnya mengerti akan dirimu…

Dan aku akan ubati segala kepedihan dirimu…

Siapa sedar akan jiwaku ini…

Penawar nya adalah kamu…

Dan seluruh jiwa dan nafasku ini utk DIA..

Siapa sedar…kerinduan ini….sgt pedih …

Penjelasanku disalah erti…

Pertuturanku kini sudah menjadi duri ..

Aku pasrah…jika ini yg kau mahu..

Aku sanggup..pergi demi keselesaanmu disamping mereka..

Aku tahu..kau menyayangiku lebih drp segalanya..

Begitu juga diriku…

Izinkan aku berundur sejenak…

Mencari kau yg dahulu…

Hanna~

12.59 a.m khamis

Friday, October 15, 2010

Ulangtahun ku yang ke-23

Akhirnya..sudah mencecah umur 23 tahun. Hari ni buka Facebook je dah berpuluh-puluh komen masuk kat wall aku. Trime kasih kat kawan-kawan yang ingat dan wish bufday aku arini. Terharu sangat... padahal aku sipi-sipi terlupa dengan harijadi ku sendiri. Malam semalam sibuk dengan meeting dan pengagihan buku merit..balik bilik dah pkul satu pagi..Lupa segalanya..
Tengok handphe dah banyak mesej masuk..huhu...ada 7 panggilan tak jawab..baru ku sedar diorang nak wish bufday aku..hoho tenkiu kawan-kawan...

Sekarang, apa yang aku dah capai selama 23 tahun hidup ni?? Hm..mungkin masuk U dan belajar, cuma tak habis lagi belajar nie..sabar-sabar akanku teruskan impian sebenar..hehe..Tq kepada semua yg wish! sayang kamu semua!!

Wednesday, October 13, 2010

Jantung Pisang Unik

Ni satu lagi spesis tumbuhan yang dah biasa kita lihat.Tapi yang uniknya jantung pisang ni naik keatas bukan macam jantung pisang biasa ia kebawah. Sangat menarik, dan warnanya purple cerah. Gambar ni aku ambil ketika bersiar-siar kat Taman Tasik Perdana, bahagian tumbuhan yang dimakan. Banyak lagi yang aku nak kongsi tentang tumbuhan yang unik. Tunggu..hehe

Tumbuhan Apakah ini??

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa nama tumbuhan yang seperti bunga ros, Minggu lepas aku ke Taman Tasik Perdana melihat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh dimakan dan mengubati penyakit. Aku tertarik dengan salah satu jenis tumbuhan ini, yang pada pertama kalinya aku merasakan ianya menarik dan tentu ada kelebihannya yang tersendiri, Ia seakan-akan seperti bunga mawar dan tangkainya seperti bunga kantan yang orang selalu masak untuk laksa tu..hmm..sangat cantik..di dalam setiap kelopak tersebut ditakungi oleh air yang dikatakan merawat satu penyakit yang aku pun tak pasti...jadi..lain kali aku harus kesana lagi untuk terus selidik tumbuhan indah ciptaanNya ini...=)

Monday, August 30, 2010

Berbuka puasa bersama kawan-kawanku =)


Ni haritu punye cerita. Berbuaka puasa bersama rakan sekelas. Sakan punya makan nasi tomato sampai makanan yang lain tak mampu nak telan. Si Jalie la..tambah ayam golek, dah la ada ayam masak merah berlambak-lambak. huhu..kira puas hati la..ada banyak juga makanan sampingan yang sangat mengenyangkanku..aktiviti yang paling best dapat pose ramai-ramai. Jadi model sampingan la konon..haha bergambar bersama rakan-rakanku. korang memang terbaik la! hehe..love sastera Melayu....

Komuter

Hari ni tak tahu la apa yang tak kena. Sepatutnya naik komuter 2 kali jadi 4 kali pulak. huhu..
Dari komuter Serdang ke Putra mencari tiket buat sahabatku Yah, last minit punyer kerja..huhu
perjalanan ke Putra dah ok..tapi bila nak balik semula ke Serdang salah naik komuter..huhu ternaik komuter nak ke Perlabuhan Klang. HUHU..memang nak ketawa, mungkin sebab terlalu penat sangat sampai mamai naik komuter lain. Pulak tu dah sampai 4 stesen boleh tak perasan. Patut la komuter tu tak ramai yang naik jer..haha.. Terpaksalah berhenti kat K.l Sentral dulu baru boleh tukar komuter ke Serdang..daripada boleh balik awal kena pulak balik lewat hehe..mujur tak berbuka puasa kat Perlabuhan Klang..=)

Saturday, August 7, 2010

gurls group ' DESTINASI CINTA'



video klip ini daripada kos sastera multimedia UPM.
saksikan bersama..=)

hari ini..=)

Seronok sangat kelas sastera dalam multimedia hari ni..santai je...macam-macam gaya dan cara dalam video klip multimedia kawan-kawan lain..hehe..sumer first time buat video klip sendiri secara berkumpulan. Tapi yang tak berapa seronoknya bila pensyarah kita orang dah nak berangkat ke luar negara nanti..huhu so, tu kelas terakhir dengan Dr.Normaliza la..sedih nyer...
Jujur la aku cakap, first time dengan Dr. memang rasa seram giler..macam jumpe momok lak.hehe. tapi dah beberapa kelas dengan Dr. baru aku kenal sedikit demi sedikit cara Dr. muka nampak garang, suara apatah lagi memang tegas dan nyaring..hati..baik sangat..ni bukan nak mengampu ke apa..ini hakikat daripada hati yang tulus dan ikhlas! ceh! hehe..Dr. sangat sempoi! love u DR.Normaliza! miss u! semoga Dr berjaya menyiapkan video klip di luar negara..

Friday, August 6, 2010

Saturday, July 31, 2010

Iltizam..

Satu suasana yang nampak gembira dengan hilaian tawa rakan-rakan dihujung sana.
Aku melihat diriku dari kaki hingga ke kepala..seluruhnya dilengkapi dengan pakaian rasmi jubah. Terlihat dua kanak-kanak berlari menuju kearah Zila sahabatku ketika senang dan susah. Itu adiknya Mila dan Haikal. Keduanya masih berusia seawal 9 dan 12 tahun. Erat..mendakap kakaknya yang memakai jubah sama sepertiku. Aku tersenyum seketika..Ditepi bahagian dewan besar, terlihat Zue bersama ayah dan ibunya..Dia memeluk erat ibunya dan mengalirkan airmata kegembiraan bersama.Aku..hanya memerhati..menanti insan yang tak akan kembali lagi..Kepergian kedua orang tuaku memberikan aku satu iltizam baru untuk lebih berjaya..Ayah..Ibu.. aku tidak akan lemah, aku akan terus maju dan maju...Ini semua untuk ayah dan ibu..restuilah anakmu ini...Tuhanku..tempatkanlah mereka ditempat yang mulia disisiMU..Aku berlalu..menggengam segulung ijazah yang akan kubawa menerokai ilmu dunia dan akhirat..

Friday, July 30, 2010

35. gendang gendut ke tali air,kenyang perut dengan air,
Bila kering aku kontang,kadang kadang jin yang baring..apa ia?
33. badanku ramping bak ratu jelita,bila digeletek akau ketawa,malah ada yang tergoda.siapakah aku?
34. dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang bermanfaat kepada kita?
31. dipukul aku melayang, dibumi aku mati?
32. ku tak lilit terbang, bila dililit aku tak terbang, apakah itu?
28. dalam banyak-banyak buah, buah apa gerun diluar..sedap di dalamnya.?
29.titi kayu mati,dililit saya mati, dicampak saya hidup, ditangkap saya mati.. apakah ia?
30. Aku bagai itik, tetapi berenang seperti memerang, siapakah aku?
27.dalam banyak-banyak pokok, pokok apakah yang kena tos selepas menjadi kek?
25.dalam banyak-banyak buah,buah apa yang enak rasanya, tetapi namanya digeruni raja buah?
26.buga apakah yang pandai berjalan?
21. Benda apa bila dimasukkan dia tegang, dikeluarkan ia kendur?
22. Apa dia jatuh diatas, tengok dibawah?
23. Dalam banyak-banyak buah,buah apa yang tak pandai menipu?
24. Apakah ditekan ia kempis, ditiup ia kembung?
17.gajah lalu titi patah,kambing lalu. Apakah yang patah pulak?
18.Apabila ditarik yg atas gembira,dibawah merana.apakah ia?
19.Dalam banyak-banyak orang,orang apa yang liar?
20. Dalam banyak-banyak pintu,pintu apa yang susah dibuka dan senang ditutup?

next teka-teki

12.Kenapa siput babi jalan lambat?
13.Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?
14.Sukan apa menang daripada belakang?
15.Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
16.Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
6.Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
7.Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
8.Kenderaan apa pemandunya ramai manakala penumpangnya seorang saja.
9.Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?
10.Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia?
11.Dalam banyak-banyak kereta,kereta apa yang tak dipanggil kereta?

teka teki menguji minda...

1. burung apakah yang yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk?
2.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang beku bila dipanaskan?
3. Dalam banyak-banyak kuih,kuih apakah yang orang makan dibahagian tepi tapi tidak ditengah?
4.Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
5.Binatang apakah yang paling kaya didunia?

teka teki menguji minda...

Thursday, July 29, 2010

SIAPA SEDAR....

Siapa sedar akan kehadiranku disisi..
Siapa sedar akan kepentinganku bila ingin bangun berdiri..
Siapa sedar bila aku murung bersendiri…
Kerna …
Tiada siapa sedar akan diri ini..
Siapa mengerti dunia aku hitam dan kelabu..
Adakah seperti insan lain yg lbh teruk dr ku..
Siapa sedar hati ini kerap terluka tanpa ubatnya…
Ku xsangka rupanya diri ini hanya sampingan..
Ku xsgka selama ini dunia yg kau cipta seperti bebayang hitam..
Aku cuba..aku mengerti mksud tersiramut itu…
Mahukan kebebasan…kasih syg…pengertian…
Tapi..untuk apa…jika pengertian itu hanya tertumpah pada dirimu..
Aku? Bagaimana..? siapa sedar akan aku disini…
Adakah hidupku terlalu bahgia dan berbeda dgn kehidupanmu..?
Adilkah semua ini..
Ya! Kau ada adik..keluarga..sahabat yg harus kau fahami…
Dan aku…aku sbg kekasihmu…siapa yg harus mengerti…
Hanya aku yg seharusnya mengerti akan dirimu…
Dan aku akan ubati segala kepedihan dirimu…

Siapa sedar akan jiwaku ini…
Penawar nya adalah kamu…
Dan seluruh jiwa dan nafasku ini utk DIA..
Siapa sedar…kerinduan ini….sgt pedih …
Penjelasanku disalah erti…
Pertuturanku kini sudah menjadi duri ..
Aku pasrah…jika ini yg kau mahu..
Aku sanggup..pergi demi keselesaanmu disamping mereka..

Aku tahu..kau menyayangiku lebih drp segalanya..
Begitu juga diriku…
Izinkan aku berundur sejenak…
Mencari kau yg dahulu…

Hanna~
12.59 a.m khamis

Tuesday, July 27, 2010

Padat!

Banyaknyer subjek yang ada kelas tutorial...huhu
dengan presentation yang direct seminggu..pergh! harap-harap boleh sattle dgn baik..

PERTAMA KALI


Salam..
inilah kali pertama aku menulis blog. Sebelum ni aku tak tahu apa blog ni dan kepentingannya kepada masyarakat masa kini. Now, aku sedang mencuba sesuatu yang mungkin sudah lama bagi orang yang selalu menggunakannya..tapi bagi diriku ini sesuatu yang baru, dan aku akan cuba mempelajarinya dengan lebih baik lagi..Disebabkan kos sastera multimedia yang aku ambil semester ini meyakinkan aku untuk terus menulis dan menulis..Kepada rakan-rakan yang lain cuba k..dan thnks sebab sudi baca blog aku yang masih terlalu muda ini..hehe...thnks! =)