http://farhana-sasteradalammultimedia.blogspot.com/

Monday, August 30, 2010

Berbuka puasa bersama kawan-kawanku =)


Ni haritu punye cerita. Berbuaka puasa bersama rakan sekelas. Sakan punya makan nasi tomato sampai makanan yang lain tak mampu nak telan. Si Jalie la..tambah ayam golek, dah la ada ayam masak merah berlambak-lambak. huhu..kira puas hati la..ada banyak juga makanan sampingan yang sangat mengenyangkanku..aktiviti yang paling best dapat pose ramai-ramai. Jadi model sampingan la konon..haha bergambar bersama rakan-rakanku. korang memang terbaik la! hehe..love sastera Melayu....

Komuter

Hari ni tak tahu la apa yang tak kena. Sepatutnya naik komuter 2 kali jadi 4 kali pulak. huhu..
Dari komuter Serdang ke Putra mencari tiket buat sahabatku Yah, last minit punyer kerja..huhu
perjalanan ke Putra dah ok..tapi bila nak balik semula ke Serdang salah naik komuter..huhu ternaik komuter nak ke Perlabuhan Klang. HUHU..memang nak ketawa, mungkin sebab terlalu penat sangat sampai mamai naik komuter lain. Pulak tu dah sampai 4 stesen boleh tak perasan. Patut la komuter tu tak ramai yang naik jer..haha.. Terpaksalah berhenti kat K.l Sentral dulu baru boleh tukar komuter ke Serdang..daripada boleh balik awal kena pulak balik lewat hehe..mujur tak berbuka puasa kat Perlabuhan Klang..=)

Saturday, August 7, 2010

gurls group ' DESTINASI CINTA'



video klip ini daripada kos sastera multimedia UPM.
saksikan bersama..=)

hari ini..=)

Seronok sangat kelas sastera dalam multimedia hari ni..santai je...macam-macam gaya dan cara dalam video klip multimedia kawan-kawan lain..hehe..sumer first time buat video klip sendiri secara berkumpulan. Tapi yang tak berapa seronoknya bila pensyarah kita orang dah nak berangkat ke luar negara nanti..huhu so, tu kelas terakhir dengan Dr.Normaliza la..sedih nyer...
Jujur la aku cakap, first time dengan Dr. memang rasa seram giler..macam jumpe momok lak.hehe. tapi dah beberapa kelas dengan Dr. baru aku kenal sedikit demi sedikit cara Dr. muka nampak garang, suara apatah lagi memang tegas dan nyaring..hati..baik sangat..ni bukan nak mengampu ke apa..ini hakikat daripada hati yang tulus dan ikhlas! ceh! hehe..Dr. sangat sempoi! love u DR.Normaliza! miss u! semoga Dr berjaya menyiapkan video klip di luar negara..

Friday, August 6, 2010