http://farhana-sasteradalammultimedia.blogspot.com/

Saturday, July 31, 2010

Iltizam..

Satu suasana yang nampak gembira dengan hilaian tawa rakan-rakan dihujung sana.
Aku melihat diriku dari kaki hingga ke kepala..seluruhnya dilengkapi dengan pakaian rasmi jubah. Terlihat dua kanak-kanak berlari menuju kearah Zila sahabatku ketika senang dan susah. Itu adiknya Mila dan Haikal. Keduanya masih berusia seawal 9 dan 12 tahun. Erat..mendakap kakaknya yang memakai jubah sama sepertiku. Aku tersenyum seketika..Ditepi bahagian dewan besar, terlihat Zue bersama ayah dan ibunya..Dia memeluk erat ibunya dan mengalirkan airmata kegembiraan bersama.Aku..hanya memerhati..menanti insan yang tak akan kembali lagi..Kepergian kedua orang tuaku memberikan aku satu iltizam baru untuk lebih berjaya..Ayah..Ibu.. aku tidak akan lemah, aku akan terus maju dan maju...Ini semua untuk ayah dan ibu..restuilah anakmu ini...Tuhanku..tempatkanlah mereka ditempat yang mulia disisiMU..Aku berlalu..menggengam segulung ijazah yang akan kubawa menerokai ilmu dunia dan akhirat..

Friday, July 30, 2010

35. gendang gendut ke tali air,kenyang perut dengan air,
Bila kering aku kontang,kadang kadang jin yang baring..apa ia?
33. badanku ramping bak ratu jelita,bila digeletek akau ketawa,malah ada yang tergoda.siapakah aku?
34. dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang bermanfaat kepada kita?
31. dipukul aku melayang, dibumi aku mati?
32. ku tak lilit terbang, bila dililit aku tak terbang, apakah itu?
28. dalam banyak-banyak buah, buah apa gerun diluar..sedap di dalamnya.?
29.titi kayu mati,dililit saya mati, dicampak saya hidup, ditangkap saya mati.. apakah ia?
30. Aku bagai itik, tetapi berenang seperti memerang, siapakah aku?
27.dalam banyak-banyak pokok, pokok apakah yang kena tos selepas menjadi kek?
25.dalam banyak-banyak buah,buah apa yang enak rasanya, tetapi namanya digeruni raja buah?
26.buga apakah yang pandai berjalan?
21. Benda apa bila dimasukkan dia tegang, dikeluarkan ia kendur?
22. Apa dia jatuh diatas, tengok dibawah?
23. Dalam banyak-banyak buah,buah apa yang tak pandai menipu?
24. Apakah ditekan ia kempis, ditiup ia kembung?
17.gajah lalu titi patah,kambing lalu. Apakah yang patah pulak?
18.Apabila ditarik yg atas gembira,dibawah merana.apakah ia?
19.Dalam banyak-banyak orang,orang apa yang liar?
20. Dalam banyak-banyak pintu,pintu apa yang susah dibuka dan senang ditutup?

next teka-teki

12.Kenapa siput babi jalan lambat?
13.Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?
14.Sukan apa menang daripada belakang?
15.Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
16.Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
6.Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
7.Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
8.Kenderaan apa pemandunya ramai manakala penumpangnya seorang saja.
9.Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?
10.Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia?
11.Dalam banyak-banyak kereta,kereta apa yang tak dipanggil kereta?

teka teki menguji minda...

1. burung apakah yang yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk?
2.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang beku bila dipanaskan?
3. Dalam banyak-banyak kuih,kuih apakah yang orang makan dibahagian tepi tapi tidak ditengah?
4.Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
5.Binatang apakah yang paling kaya didunia?

teka teki menguji minda...

Thursday, July 29, 2010

SIAPA SEDAR....

Siapa sedar akan kehadiranku disisi..
Siapa sedar akan kepentinganku bila ingin bangun berdiri..
Siapa sedar bila aku murung bersendiri…
Kerna …
Tiada siapa sedar akan diri ini..
Siapa mengerti dunia aku hitam dan kelabu..
Adakah seperti insan lain yg lbh teruk dr ku..
Siapa sedar hati ini kerap terluka tanpa ubatnya…
Ku xsangka rupanya diri ini hanya sampingan..
Ku xsgka selama ini dunia yg kau cipta seperti bebayang hitam..
Aku cuba..aku mengerti mksud tersiramut itu…
Mahukan kebebasan…kasih syg…pengertian…
Tapi..untuk apa…jika pengertian itu hanya tertumpah pada dirimu..
Aku? Bagaimana..? siapa sedar akan aku disini…
Adakah hidupku terlalu bahgia dan berbeda dgn kehidupanmu..?
Adilkah semua ini..
Ya! Kau ada adik..keluarga..sahabat yg harus kau fahami…
Dan aku…aku sbg kekasihmu…siapa yg harus mengerti…
Hanya aku yg seharusnya mengerti akan dirimu…
Dan aku akan ubati segala kepedihan dirimu…

Siapa sedar akan jiwaku ini…
Penawar nya adalah kamu…
Dan seluruh jiwa dan nafasku ini utk DIA..
Siapa sedar…kerinduan ini….sgt pedih …
Penjelasanku disalah erti…
Pertuturanku kini sudah menjadi duri ..
Aku pasrah…jika ini yg kau mahu..
Aku sanggup..pergi demi keselesaanmu disamping mereka..

Aku tahu..kau menyayangiku lebih drp segalanya..
Begitu juga diriku…
Izinkan aku berundur sejenak…
Mencari kau yg dahulu…

Hanna~
12.59 a.m khamis

Tuesday, July 27, 2010

Padat!

Banyaknyer subjek yang ada kelas tutorial...huhu
dengan presentation yang direct seminggu..pergh! harap-harap boleh sattle dgn baik..

PERTAMA KALI


Salam..
inilah kali pertama aku menulis blog. Sebelum ni aku tak tahu apa blog ni dan kepentingannya kepada masyarakat masa kini. Now, aku sedang mencuba sesuatu yang mungkin sudah lama bagi orang yang selalu menggunakannya..tapi bagi diriku ini sesuatu yang baru, dan aku akan cuba mempelajarinya dengan lebih baik lagi..Disebabkan kos sastera multimedia yang aku ambil semester ini meyakinkan aku untuk terus menulis dan menulis..Kepada rakan-rakan yang lain cuba k..dan thnks sebab sudi baca blog aku yang masih terlalu muda ini..hehe...thnks! =)