http://farhana-sasteradalammultimedia.blogspot.com/

Sunday, October 31, 2010

Hasil fotografi ku..

Pekan Pengkalan Hulu Perak

Di waktu senja, UPM Serdang

Pemandangan di tasik Mines

Bunga Raya ditepi Tasik

Wednesday, October 27, 2010

Renung-renungkan bersama~~

TAHAJJUD CINTA...


Tajuk/Lirik Lagu: Tahajjud Cinta
Penyanyi/Artis: Siti Nurhaliza

(Ulang) (2x)
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

wooo..ooo
waaa…haa

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

aa….
hmmm….

woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

Saturday, October 23, 2010

saya suka gambar ni!

Buat pengetahuan semua. Gambar ni diambil semasa saya dan rakan-rakan berjalan ke Tasik Perdana. Bangunan lama unik belakang tu adalah bangunan lama stesen Kuala Lumpur berhampiran dengan Masjid Negara. Sangat cantik permandangan pada petang tu. Kawasan yang bersih, bunga dan tumbuhan yang cantik dan indah. Juga replika tulisan nama Allah yang indah dibahagian hadapan masjid tersebut. Kalau diperhatikan semula, macam bergambar dekat bangunan lama di luar negara kan?hehe so nice tjis picture! i like it! so, how about u all? suka ke tak picture ni?hehe

siapa sedar?

Siapa sedar akan kehadiranku disisi..

Siapa sedar akan kepentinganku bila ingin bangun berdiri..

Siapa sedar bila aku murung bersendiri…

Kerna …

Tiada siapa sedar akan diri ini..

Siapa mengerti dunia aku hitam dan kelabu..

Adakah seperti insan lain yg lbh teruk dr ku..

Siapa sedar hati ini kerap terluka tanpa ubatnya…

Ku xsangka rupanya diri ini hanya sampingan..

Ku xsgka selama ini dunia yg kau cipta seperti bebayang hitam..

Aku cuba..aku mengerti mksud tersiramut itu…

Mahukan kebebasan…kasih syg…pengertian…

Tapi..untuk apa…jika pengertian itu hanya tertumpah pada dirimu..

Aku? Bagaimana..? siapa sedar akan aku disini…

Adakah hidupku terlalu bhgia dan berbeda dgn kehidupanmu..?

Adilkah semua ini..

Ya! Kau ada adik..keluarga..sahabat yg harus kau fahami…

Dan aku…aku sbg kekasihmu…siapa yg harus mengerti…

Hanya aku yg seharusnya mengerti akan dirimu…

Dan aku akan ubati segala kepedihan dirimu…

Siapa sedar akan jiwaku ini…

Penawar nya adalah kamu…

Dan seluruh jiwa dan nafasku ini utk DIA..

Siapa sedar…kerinduan ini….sgt pedih …

Penjelasanku disalah erti…

Pertuturanku kini sudah menjadi duri ..

Aku pasrah…jika ini yg kau mahu..

Aku sanggup..pergi demi keselesaanmu disamping mereka..

Aku tahu..kau menyayangiku lebih drp segalanya..

Begitu juga diriku…

Izinkan aku berundur sejenak…

Mencari kau yg dahulu…

Hanna~

12.59 a.m khamis

Friday, October 15, 2010

Ulangtahun ku yang ke-23

Akhirnya..sudah mencecah umur 23 tahun. Hari ni buka Facebook je dah berpuluh-puluh komen masuk kat wall aku. Trime kasih kat kawan-kawan yang ingat dan wish bufday aku arini. Terharu sangat... padahal aku sipi-sipi terlupa dengan harijadi ku sendiri. Malam semalam sibuk dengan meeting dan pengagihan buku merit..balik bilik dah pkul satu pagi..Lupa segalanya..
Tengok handphe dah banyak mesej masuk..huhu...ada 7 panggilan tak jawab..baru ku sedar diorang nak wish bufday aku..hoho tenkiu kawan-kawan...

Sekarang, apa yang aku dah capai selama 23 tahun hidup ni?? Hm..mungkin masuk U dan belajar, cuma tak habis lagi belajar nie..sabar-sabar akanku teruskan impian sebenar..hehe..Tq kepada semua yg wish! sayang kamu semua!!

Wednesday, October 13, 2010

Jantung Pisang Unik

Ni satu lagi spesis tumbuhan yang dah biasa kita lihat.Tapi yang uniknya jantung pisang ni naik keatas bukan macam jantung pisang biasa ia kebawah. Sangat menarik, dan warnanya purple cerah. Gambar ni aku ambil ketika bersiar-siar kat Taman Tasik Perdana, bahagian tumbuhan yang dimakan. Banyak lagi yang aku nak kongsi tentang tumbuhan yang unik. Tunggu..hehe

Tumbuhan Apakah ini??

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa nama tumbuhan yang seperti bunga ros, Minggu lepas aku ke Taman Tasik Perdana melihat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh dimakan dan mengubati penyakit. Aku tertarik dengan salah satu jenis tumbuhan ini, yang pada pertama kalinya aku merasakan ianya menarik dan tentu ada kelebihannya yang tersendiri, Ia seakan-akan seperti bunga mawar dan tangkainya seperti bunga kantan yang orang selalu masak untuk laksa tu..hmm..sangat cantik..di dalam setiap kelopak tersebut ditakungi oleh air yang dikatakan merawat satu penyakit yang aku pun tak pasti...jadi..lain kali aku harus kesana lagi untuk terus selidik tumbuhan indah ciptaanNya ini...=)